Sesi Penggambaran Fotografi Bertemakan Alam Sekitar
Perancangan
Sebelum mengambil gambar, saya telah merancang satu sesi penggambaran fotografi bertemakan alam sekitar. Berikut merupakan perancangan saya:
1. Mencari dan membaca maklumat tentang kesedaran alam sekitar.
2. Mencari contoh gambar alam sekitar.
3. Memilih masa dan lokasi untuk sesi penggambaran.
4. Mengambil gambar di lokasi yang ditetapkan.
5. Memilih dua keping gambar yang paling sesuai untuk Tugasan 2.
6. Melakukan post processing bagi gambar yang telah dipilih.
7. Mencetak dan membingkaikan gambar dalam saiz 5R dan 8R di kedai foto.
8. Menjalankan pameran.
Pelaksanaan
Setelah siap perancangan, saya pun mula melaksanakan rancangan saya. Pada mulanya, saya mencari dan membaca maklumat tentang kesedaran alam sekitar untuk memahami dan menguasai topik ini agar gambar yang saya hasilkan dapat memenuhi tema alam sekitar. Contoh maklumat yang saya layari adalah seperti di bawah:
Saya juga mencari beberapa contoh gambar dari laman web yang diambil oleh jurugambar lain sebagai ilham dan petunjuk saya semasa mengambil gambar. Contoh gambar adalah seperti berikut:
(Sumber:img.ltn.com.)
Selepas itu, saya mula mencari masa dan lokasi yang sesuai untuk pengambilan gambar.
Tempat yang saya pilih untuk pengambilan gambar ialah Taman Tasik Taiping yang merupakan tempat terkemuka di Taiping. Saya pergi ke sana pada 2 Mac 2021 (Selasa) waktu petang.
Kemudian, saya memilih lokasi yang sesuai untuk pengambilan gambar. Berikut merupakan gambar semasa saya menangkap gambar.
Setelah siap mengambil gambar, saya memilih dua keping gambar yang paling sesuai untuk Tugasan 2, seperti berikut:
2 keping gambar yang telah diedit seperti berikut: