Aperture
Aperture juga dikenali sebagai bukaan lensa dan menggunakan f-number (Aperture/ F/Stop). Bukaan ini merupakan satu lubang kecil pada lensa. Kegunaan aperture adalah untuk mengawal jumlah kemasukan cahaya ke ke dalam kamera.
Jika angka aperture kecil, lubang lensa dibesarkan, maka lebih banyak cahaya yang akan masuk. Jika angka aperture besar, lubang lensa dikecilkan, dan hanya sedikit cahaya yang akan masuk (lihat gambar di bawah).
(Sumber:dululainsekaranglain.com)Nombor-nombor untuk apperture terdapat pada gegelang lensa. Biasanya nombor-nombor penunjuk bagi aperture adalah: 1.4, 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16……64.
(Sumber: photoblog.com)
Aperture f- stop dan B-stop
Tugas-tugas aperture (f-stop)
1. Menguasai jumlah cahaya yang memasuki kamera melalui lensa.
2. Untuk mendapatkan Jarak Jelas (Depth of Field)
3. Membantu mendapatkan shutter speed yang dikendaki melalui pemilihan aperture yang sesuai.
Kawalan dedahan
Kawalan ISO
- ISO menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya.
- ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan aperture yang lebih besar diperlukan dan shutter speed yang lebih lama.
- ISO rendah tidak memberikan kesan kepada gambar, tetapi ISO terlalu tinggi akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan fokus.
- Sebagai asas mengambil gambar ISO yang terendah digalakkan.
- Sekiranya ketajaman (DOF) yang lebih diperlukan tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka kita perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.
Hubungan ISO dan Aperture adalah seperti gambar di bawah:
Depth Of Field (DOF)
Jarak Jelas yang luas ditentukan dengan menggunakan aperture yang kecil dan membolehkan semua gambar menjadi jelas dan tajam, kedudukan kamera juga jauh dari objek.
Jarak jelas yang sempit ditentukan dengan menggunakan aperture yang besar. Dengan itu, bahagian depan dan belakang objek yang difokus menjadi kabur. Jarak objek juga dekat dengan kamera.
Terdapat dua jenis Depth Of Field:
Shallow Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar potrait bila jurugambar mahu memfokuskan pada ‘objek utama‘ sahaja. Oleh itu, bahagian belakang (background) perlu dikaburkan (blur).
Deep Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar landskap bagi mendapatkan detail yang lengkap pada keseluruhan gambar.
0 comments:
Post a Comment