March 30, 2021 Goh
31/3/2021 (Rabu)
Pada hari ini, saya mendirikan studio saya di rumah saya bersama dengan kawan iaitu Ong Wei San. Studio saya dirikan berdasarkan kemampuan saya dan peralatan yang ada di rumah. Berikut merupakan gambar pelan studio saya.
Pelan
Konsep Studio Saya (Potrait)
Mengambil gambar orang yang menampilkan pose yang berbeza
Peralatan
1. Kertas Mahjong (2 )
2. Lampu Suluh (2)
3. Pemegang lampu suluh dan kamera (3)
4. Square shaped polistirena bersaiz 4X2 inch (2)
5. Kamera Vivo S1Pro
Budjet
Selepas itu, saya meminta kawan saya untuk menjadikan model saya dan menunjukkan aksi yang seperti gambar di bawah.
(Sumber: Digital-Photographt.com)
Pada awalnya, kawan saya menjadikan saya sebagai model, dan hasil gambar ini adalah gagal kerana mempunyai bayang-bayang.
Kemudian, kami mencari penyelesaian masalah dan menjauhkan jarak antara dua lampu suluh dengan subjek. Dengan itu, bayang-bayang dapat dihapuskan. Berikut merupakan hasil gambar yang ditangkap oleh kawan saya Ong Wei San.
Oleh sebab kekurangan peralatan, maka warna hasil gambar kelihatan kekuningan. Namun begitu, kami akan cuba lagi.
Berikut merupakan gambar yang saya ambil.