Teknik dan Komposisi Fotografi
Sebelum mula mengambil gambar, saya mencari dan membaca maklumat tentang teknik fotografi supaya saya dapat memahami dan mendapatkan gambaran yang umum tentang teknik fotografi. Berikut adalah maklumat yang saya cari.
Teknik fotografi merupakan cara merakam sesuatu subjek, sama ada sepenuhnya, separuh
bahagian atau bahagian tertentu untuk menghasilkan gambar. Terdapat 11 teknik yang telah saya cari:
1. Close-up Shot
(Sumber:2.bp.blogspot.com)
Teknik ini diambil dari bahagian bawah bahu ke kepala untuk menunjukkan perincian ekspresi seseorang serta mewujudkan kesan dramatik.
2. Night
Pengambilan gambar di luar rumah pada waktu malam seperti kenderaan di lebuh raya, bandar, pergerakan bintang, mercun dan lain-lain. Pada waktu malam, cahaya berkurang maka shutter speed yang perlahan digunakan dengan bantuan tripod untuk menghasilkan gambar yang cantik dan dramatik.
3. Black and White
Teknik ini menghasilkan gambar tidak berwarna yang terdiri daripada tone warna mulai dari hitam (hitam tulen) hingga putih (putih tulen) untuk menyampaikan emosi atau drama yang mendalam.
4. Landscape
Teknik ini digunakan untuk menghasilkan gambar pemandangan alam yang indah dan cantik. Pemandangan merupakan subjek utama pada gambar. Subjek boleh diposisikan di bahagian depan sehingga sangat menonjol dan menarik perhatian.
5. Silhouettes
Teknik ini sesuai digunakan untuk mengambil gambar pada waktu matahari terbenam atau terbit. Kesan teknik ini boleh dihasilkan dengan meletakkan subjek di depan cahaya matahari dan berada di tempat yang mempunyai kecerahan yang rendah. Shutter speed yang lebih tinggi juga digunakan untuk menghasilkan pendedahan yang lebih gelap,
6. Vintage
Teknik ini menghasilkan gambar dengan menggunakan pantulan cahaya di permukaan air atau cermin. Jika subjek gambar terletak di sebelah permukaan air, dan subjek itu dapat dilihat dengan jelas di permukaan air, maka pantulan dihasilkan.
8. Lens Flare
(Sumber: John Lodder)
Ledakan cahaya boleh digunakan untuk menambahkan sedikit kesan dramatik pada gambar . Kesan ini boleh dicapai dengan memegang kamera ke arah matahari dan menggunakan sudut yang berbeza untuk memanipulasi ledakan cahaya di sekitar subjek.
9. High Speed
(Sumber: whatitsay.files.wordpress.com)
Teknik ini digunakan untuk memotret subjek yang bergerak pantas dan hanya dapat dilihat dengan mata kasar. Subjek dan latar belakang perlu dalam keadaan terang sepenuhnya. Hal ini kerana shutter digunakan untuk membekukan pergerakan subjek, supaya pergerakan subjek tersebut dapat dilihat dengan sangat jelas.
10. Slow Speed
(Sumber:1.bp.blogspot.com)
Teknik ini menggunakan shutter speed yang rendah untuk menghasilkan gambar. Dengan itu, gambar yang dihasilkan kelihatan lembut dan samar. Tripod digunakan supaya kamera stabil dan tidak bergoyang semasa mengambil gambar.
11. Bokeh
Teknik ini digunakan untuk mengkaburkan latar belakang di sekitar subjek supaya subjek utama kelihatan tajam dan jelas pada gambar.
________________________________________________________________________
Selain itu, saya juga mencari dan membaca maklumat tentang komposisi fotografi supaya saya dapat menyusun elemen pada gambar berdasarkan unsur seni. Berikut adalah maklumat yang saya cari.
Komposisi merupakan cara untuk
memandang subjek gambar itu dengan lebih berkesan, menarik dan bermakna melalui
susunan semua elemen ke dalam gambar untuk dijadikan sebagai seni visual. Terdapat 5 komposisi yang telah saya cari:
1. Symmetry
Membahagikan gambar dengan sama rata dan seimbang.
2. Leading Lines
Teknik
ini membantu mencipta ilusi kedalaman
atau jarak dalam komposisi.
3. Rule of Thirds
Komposisi ini digunakan untuk membahagikan gambar dengan 9 kotak yang sama besar. Pusat
perhatian ditempatkan di setiap titik persimpangan garis yang membahagikan
gambar dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan.
4. Point of interest (Arah yang menarik)
Sebelum mengambil gambar, satu arah yang menarik atau paling penting perlu dikenalpasti supaya subjek tersebut kelihatan cantik.
5. Perspective (Perspektif)
(Sumber: alizaipik.files.wordpress.com)
Komposisi ini memanfaatkan kemunculan objek yang berkaitan antara satu sama lain dari segi posisi dan jarak menimbulkan dimensi yang sangat menawan.
0 comments:
Post a Comment