Pengenalan
Fotografi
atau “Photography” diambil daripada perkataan Yunani di mana photos (photo) bermaksud cahaya dan graphein (graph) bermaksud melukis. Secara umumnya, fotografi boleh dikenali sebagai proses melukis dengan menggunakan media
cahaya. Dalam erti kata lain, fotografi iaitu proses atau kaedah untuk
menghasilkan gambar dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang
mengenai objek tersebut pada alat yang peka cahaya iaitu kamera. Perkataan ini diguna pertama kali oleh Sir John F.W. Herschel yang merupakan seorang saintis pada
tahun 1839. Beliau menggunakan kaedah merekod imej melalui tindakan cahaya pada sesuatu bahan yang sensitif kepada cahaya.
Sejarah Fotografi
Fotografi adalah hasil dari penemuan.
Yang pertama dalam bidang alam menghasilkan kamera, yang kedua dalam bidang
kimia menghasilkan film. Asal mulanya kedua penemuan itu tidak ada hubungannya
antara satu sama lain sebelum sampai ke kesempurnaan seperti yang kita sekarang
kenal serta melahirkan penemuan baru iaitu fotografi.
Fotografi
ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya fotografi tidak dapat berfungsi.
Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Dalam era ledakan ICT
perkembangannya amat ketara sekali apabila fotografi telah diadun bersama
teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia fotografi.
Fotografi
tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan ledakan teknologi
ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi tradisionalnya. Kamera
digital telah diterima dengan meluas namun fotografi dengan menggunakan filem
masih digunakan di kalangan pengamal fotografi.
Kamera
mula diperkenalkan apabila para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan
imej potret pada abad 17 dan 18. Justeru itu, mereka mencipta kamera Obscura
untuk kemudahan merakam imej.
Pada
abad ke-5 sebelum masihi, seorang yang bernama MoTi, mencipta gejala fotografi.
Apabila sebuah ruangan gelap ada lubang yang memancarkan sinar, maka di tembok
suatu ruangan tersebut akan terlihat gambar sumber cahaya tadi secara terbalik.
Ibn Al-Haitham, seorang Arab juga menemukan gejala yang sama. Gambar foto
pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam.
Louis
Jacques Mande Daquerre merupakan bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obscura
merupakan kamera yang pertama kali dipakai untuk menggambar potret. Obscura
telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak (Eastman Kodak) pertama kali
ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika.
Tahun
1900, seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini amat besar
ukurannya di mana beratnya 1400 paun. Lensa seberat 500 paun. Sewaktu mengubah
atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan. Kamera ini
menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons
digunakan ketika memprosesnya.
Di awal
kewujudan kamera digital, tidak ramai orang yang menggemarinya terutamanya di
kalangan professional. Ini adalah kerana kamera digital generasi awal sekitar
hujung tahun 1980an masih menggunakan cirri-ciri kamera kompak.
Abscura
telah diubahsuai secara berterusan sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh
George Eastman yang bersaiz lebih kecil sekitar 1888. Dari zaman abscura hingga
ke era digital dan daripada produk yang mahal dan membebankan untuk dibawa,
kamera kini menjadi produk bersaiz kecil, murah dan mesra pengguna.
Kategori Fotografi
1. Portraiture :merakamkan gambar manusia, wajah dan merupakan satu gambar
yang dirancang terlebih dahulu.
2. Still life: merakam gambar objek
yang kecil untuk kelihatan besar dengan menggunakan peralatan lens
macro.
3. Photojournalism : merakam gambar yang
menunjukkan sesuatu berita atau cerita.
4. Advertising : gambar digunakan untuk tujuan
pengiklanan.
5. Fashion: gambar model atau pakaian yang menunjukkan
fashion atau portfolio.
6. Landscape: gambar permandangan
di luar rumah.
7. Wildlife: gambar binatang liar.
8. Sport: gambar sukan.
9. Architecture: gambar bangunan dan
seni reka bentuk.
10. Night: permandangan pada waktu malam.
Tokoh-tokoh Fotografi
Berikut adalah 5 tokoh fotografi yang terkenal pada tahun 2020.
1. David Bailey
Dilahirkan dan dibesarkan di London Timur.
Mula mengambil gambar untuk Vogue pada tahun 1960.
Karya fesyen dan lukisan selebriti cepat dikenali dengan latar belakangnya yang mantap dan kesan pencahayaan dramatik serta menghancurkan halangan kelas yang kuno dan tegar.
Contoh foto yang dihasilkan oleh beliau:
(Sumber: davidbaileyphotography.com)
2. Steve McCurry
(Sumber:Youtube)
Seorang wartawan foto dari Philadelphia yang mungkin paling terkenal dengan karya National Geographicnya, terutamanya yang ditangkap oleh 'Afghan Girl'.
Memenangi pelbagai anugerah, termasuk majalah Jurugambar Tahun, Pingat Centenary Masyarakat Fotografi, dan dua hadiah Photo Press Dunia.
Contoh foto yang dihasilkan oleh beliau:
(Sumber:Photogpedia)
3. Barbara Davidson
(Sumber:gf.org)
Dilahirkan dan dibesarkan di Montreal, Kanada
Bekerja untuk akhbar termasuk LA Times, Dallas Morning News dan Washington Masa.
Contoh foto yang dihasilkan oleh beliau:
(Sumber: barbaradavidson.com)
4. Michael Yamashita
(Sumber: LensVid)
Menggabungkan keserasian fotografi dan perjalanan selama lebih dari 25 tahun sebagai penembak untuk National Geographic.
Mengkhususkan diri di Asia
Terkenal dengan topik-topik seperti perjalanan Marco Polo ke China, Tembok Besar dan sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan.
Contoh foto yang dihasilkan oleh beliau:
(Sumber:michaelyamashita.com)
0 comments:
Post a Comment