Kamera
Kamera terbahagi kepada dua kategori iaitu kamera analog dan kamera digital.
Kamera analog merupakan kamera yang menggunakan filem untuk menangkap gambar dan gambar yang telah ditangkap mesti dicuci agar hasil gambar dapat diperoleh. Kamera ini tidak mempunyai fungsi digital dan dikawal secara manual untuk mendapatkan hasil potret yang terbaik.
Manakala, kamera digital merupakan kamera yang dapat menangkap dan menyimpan gambar dalam bentuk digital. Bukan itu sahaja, kamera digital yang terkini dapat merakam suara dan video. Gambar atau video yang telah disimpan dalam kamera dapat dipindahkan ke komputer dengan cara yang lebih mudah untuk cetakan seterusnya.
Berikut adalah gambar umum bagi kamera analog dan digital.
Kamera analog merupakan kamera yang menggunakan filem untuk menangkap gambar dan gambar yang telah ditangkap mesti dicuci agar hasil gambar dapat diperoleh. Kamera ini tidak mempunyai fungsi digital dan dikawal secara manual untuk mendapatkan hasil potret yang terbaik.
Manakala, kamera digital merupakan kamera yang dapat menangkap dan menyimpan gambar dalam bentuk digital. Bukan itu sahaja, kamera digital yang terkini dapat merakam suara dan video. Gambar atau video yang telah disimpan dalam kamera dapat dipindahkan ke komputer dengan cara yang lebih mudah untuk cetakan seterusnya.
Berikut adalah gambar umum bagi kamera analog dan digital.
Kamera Analog (Sumber: unbox.id)
Kamera Digital (Sumber: kameradigital.co.id)
Sebenarnya, terdapat beberapa jenis kamera di bawah setiap kategori kamera. Sekarang, saya akan memperkenalkan jenis-jenis kamera dan kegunaannya.
Jenis-jenis Kamera Analog
Kamera analog mempunyai 8 jenis, antaranya termasuklah:
1. Kamera lubang jarum/pin hole
(Sumber: E&T)
Kamera jenis ini merupakan satu-satunya kamera yang tidak menggunakan lensa dan hanya bergantung pada lubang sebesar jarum untuk menghasilkan gambar. Gambar yang dihasilkan adalah berpandukan pancaran cahaya melalui lubang kecil, semakin kecil lubang, semakin tajam gambarnya. Kita boleh menghasilkan kamera ini dengan hanya menggunakan bahan kitar semula, seperti yang ditunjukkan dalam video bawah.
DIY pinhole camera (Sumber: Youtube)
2. Kamera Polaroid
(Sumber: Priceprice.com)
Kamera ini juga boleh dikenali sebagai kamera segera yang menggunakan filem membangun sendiri. Gambar yang ditangkap boleh dicetak terus melalui kamera dalam masa yang singkat.
3. Kamera point and shoot
(Sumber: PxHere )
Kamera ini digunakan dengan memegang kamera ke arah objek yang ditujukan, kemudian tekan butang rana, gambar pun siap ditangkap. Kamera ini mudah digunakan dan sesuai untuk orang yang tidak menganggap diri sebagai jurugambar tetapi ingin memiliki kamera yang mudah digunakan untuk tujuan percutian, pesta, perjumpaan dan acara lain.
4. Kamera range finder
(Sumber: Ken Rockwell)
Kamera ini mengambil gambar secara langsung tanpa melalui lensa utama. Semasa memokus satu objek, kita perlu memusing ring pada kamera. Apabila dua imej yang bertindan telah digabungkan, bermakna kamera sedang berada dalam fokus yang sempurna dan gambar yang dihasilkan adalah sangat tajam. Kamera ini digemari oleh jurugambar kerana fokus manualnya lebih pantas dan lebih tepat daripada kamera digital single-lens reflex (DSLR). Dengan kamera ini, jurugambar dapat memfokuskan gambar dengan mudah walaupun cahaya adalah minimum. Kamera ini juga dilengkapi dengan meter jarak dan mempunyai bentuk yang ringkas.
5. Kamera Single Lens Reflex (SLR)
(Sumber: Wikipedia.com)Kamera ini hanya mempunyai satu lensa dan berfungsi mengikut prinsip pantulan cahaya. Cahaya dari objek dipantulkan oleh cermin dan dibawa melalui lensa mata ke mata jurugambar. Kamera ini menawarkan lensa yang dapat menghilangkan kecacatan pada gambar. Jurugambar boleh menukar lensa secara bebas seperti lensa jarak dekat atau jarak jauh.
(Sumber: Amateur Photographer)Kamera ini mempunyai dua lensa objektif dengan jarak fokus yang sama. Kedua-dua lensa pada kamera ini mempunyai fungsi yang berbeza. Lensa pertama berfungsi sebagai penangkap objek dan menghasilkan gambar. Lensa kedua berfungsi sebagai sistem yang memberikan maklumat kepada kita tentang sasaran pemotretan kita. Gambar yang dilihat tidak sama dengan gambar yang dirakam pada filem disebabkan kesalahan paralaks.
7. Kamera Medium Format
(Sumber: Jon Lopez Photography)
Kamera ini mempunyai ukuran filem yang lebih besar dari 24 mm × 36 mm (bingkai penuh), tetapi lebih kecil dari 100 mm × 130 mm. Kamera ini boleh menghasilkan gambar yang mempunyai resolusi yang lebih tinggi daripada yang dapat dicapai dengan filem 35mm.
(Sumber: Pinterest)
Kamera ini merupakan salah satu peranti fotografi generasi pertama di dunia. Kamera ini mempunyai ukuran filem 10.6 x 12.7 cm, kira-kira lima belas kali ukuran format kamera 35 mm biasa. Kamera ini mempunyai resolusi yang sangat tinggi berbanding dengan jenis kamera lain. Biasanya jurugambar yang menggunakan kamera ini akan mencetak foto mereka dalam saiz 1: 1.
Kamera ini merupakan salah satu peranti fotografi generasi pertama di dunia. Kamera ini mempunyai ukuran filem 10.6 x 12.7 cm, kira-kira lima belas kali ukuran format kamera 35 mm biasa. Kamera ini mempunyai resolusi yang sangat tinggi berbanding dengan jenis kamera lain. Biasanya jurugambar yang menggunakan kamera ini akan mencetak foto mereka dalam saiz 1: 1.
Jenis-jenis Kamera Digital
Kamera digital mempunyai 9 jenis, antaranya termasuklah:
Kamera digital mempunyai 9 jenis, antaranya termasuklah:
1. Kamera Digital Single-Lens Reflex (DSLR)
(Sumber: Pocket-lint)
Kamera ini menggunakan sistem cermin automatik dan pentaprism untuk menghantar cahaya dari lensa ke sensor gambar. Kamera ini mempunyai paparan besar dan tebal. Badan besar ini menjadikan kamera lebih kuat ketika dipegang.
2. Kamera Compact
(Sumber: Folder Tekno)
Kamera ini boleh dikenali sebagai kamera poket yang bersaiz kecil dan mempunyai lensa tetap. Kamera ini direka agar mudah digunakan oleh sesiapa sahaja.
3. Kamera Bridge
(Sumber:Designtrends)
Kamera jambatan dilengkapi dengan tetapan seperti DSLR dan juga dapat digunakan secara automatik seperti kamera compact pada umumnya. Kamera ini adalah salah satu kamera yang mempunyai lensa tetap tetapi berukuran lebih besar.
4. Kamera Action
(Sumber: Digital Trends)
Kamera ini adalah kamera yang sering digunakan untuk menyokong aktiviti di luar bilik. Biasanya kamera ini lebih tahan terhadap persekitaran yang melampau dan boleh digunakan di bawah air semasa menyelam. Saiznya yang ringkas menjadikannya senang dibawa ke mana-mana sahaja.
5. Kamera 360
(Sumber: The Verge)
Kamera ini mampu mengambil gambar yang mempunyai banyak tempat menarik. Kamera ini dilengkapi dengan 36 lensa, maka mampu menghasilkan gambar dengan resolusi maksimum 108 MP. Kamera ini sesuai untuk mengambil gambar pemandangan semula jadi, pemandangan bilik dan lain-lain.
6. Kamera Underwater
(Sumber: DPReview)
Kamera ini berfungsi untuk merakam aktiviti di bawah air. Biasanya, kamera ini mempunyai ketahanan luar biasa dalam air yang dalam, serta dapat menahan suhu rendah.
7. Kamera Mirrorless
(Sumber: Folder Tekno)
Kamera ini tidak menggunakan lensa seperti yang ada dalam kamera DSLR. Tanpa lensa , kamera ini mempunyai saiz yang lebih kecil dan padat berbanding dengan kamera DSLR. Tahap kemampuannya adalah berada di pertengahan jika dibandingkan dengan kamera DLSR. Di samping itu, sensor yang dimiliki berada dalam kategori 4/3. Oleh itu, kamera ini dapat menghasilkan gambar yang berkualiti mendekati kamera DSLR.
8. Kamera Video
Kamera ini hanya dapat digunakan untuk mengambil video atau bayangan yang bergerak tetapi tidak dapat mengambil gambar seperti kamera DSLR. Video yang dihasilkan boleh dipindahkan secara langsung ke komputer untuk pengeditan. Hal ini menjadikan kerja pembuatan filem lebih mudah.
9. Kamera Smartphone
(Sumber: Riaume.com)
Sejak kebelakangan ini, telefon pintar semakin canggih dan kualiti gambar yang dihasilkan dalam telefon pintar semakin bagus. Kamera telefon pintar juga boleh digunakan untuk selfie. Bentuk telefon pintar yang langsing dan ringan memudahkan kita untuk mengambil gambar.
Fungsi Kamera
Diagram Kamera
(Sumber: photopills.com)
Berdasarkan diagram di atas, didapati reka bentuk kamera terdiri daripada pelbagai komponen seperti pentaprism, light sensor, filem atau charged-coupled device (CCD), lensa, viewfinder, shutter blade. Sebenarnya, komponen yang terdapat dalam kamera adalah sangat penting untuk menghasilkan gambar yang jelas.
Diagram di atas juga menunjukkan proses pengambilan gambar yang dilakukan berdasarkan komponen dalam kamera. Pada mulanya, pantulan cahaya dari objek gambar memasuki kamera melalui lensa dan kemudian menuju ke cermin yang dipantulkan, yang seterusnya memantulkan cahaya ini ke pentaprism. Pentaprism mengubah cahaya dari menegak ke mendatar dengan mengarahkan cahaya ke arah dua cermin yang terpisah, kemudian masuk ke viewfinder iaitu ke mata pemerhati. Lensa yang menangkap cahaya juga diteruskan ke bahagian CCD yang dapat mengubah cahaya tersebut ke bentuk isyarat elektrik. Kemudian, isyarat tersebut dijadikan maklumat bentuk digital dan disimpan dalam format RAW atau JPEG dalam kad memori.
Penggunaan dan Pengendalian Kamera
Dalam bahagian ini, mode dial kamera dibincangkan. Mode Dial adalah butang untuk mengubah mod pada kamera dan menyesuaikan cara kamera beroperasi. Exposure Modes (mode dedahan) yang terdapat pada kamera termasuklah:
1. Manual (M)
- Kawalan kamera sepenuhnya oleh jurugambar. Jurugambar boleh mengawal shutter speed dan aperture mengikut kehendak sendiri.
2. Program
– Kawalan sepenuhya oleh kamera
Auto
- Mod ini adalah secara automatik apabila kamera yang menentukan kombinasi antara aperture dan shutter speed. Jurugambar hanya perlu fokus pada komposisi gambar.
Portrait
- kamera menghasilkan kesan mendalam yang membolehkan jurugambar menangkap gambar dengan fokus tajam pada objek tersebut manakala latar belakangnya adalah kabur.
Landscape
- digunakan dalam pengambilan gambar pemandangan
- kamera akan merakam warna terang dan menetapkan aperture kecil untuk kedalaman medan maksimum
- tripod diperlukan kerana shutter speed mungkin terlalu perlahan untuk memegang kamera tanpa mengaburkan gambar
Close Up
- digunakan apabila ingin menangkap gambar objek dengan jarak yang sangat dekat
3. Shutter Priority (TV)
- Kawalan shutter oleh jurugambar.
- Mod ini boleh digunakan untuk menangkap aksi pantas seperti perlumbaan atau acara sukan kerana jurugambar dapat mengatur kelajuan rana agar cukup cepat untuk membekukan pergerakan objek.
- Kebanyakan kamera dapat merakam secepat 1/4000 saat untuk gerakan beku atau lambat 30 saat yang sesuai untuk fotografi malam dan menangkap jejak cahaya.
4. Aperture Priority(A/AV)
- Kawalan aperture oleh jurugambar.
- Jurugambar boleh menetapkan nilai aperture tertentu (f-number) sementara kamera memilih shutter speed yang sesuai dengannya agar menghasilkan pendedahan yang tepat berdasarkan keadaan pencahayaan yang diukur oleh meter cahaya kamera.
Jenis-jenis Lensa
Terdapat 8 jenis lensa yang digunakan semasa pengambilan gambar untuk tujuan tertentu.
1. Fish eye
Lensa ini mempunyai ukuran 8 mm dan sudut pandangan hampir kepada 180 darjah. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. Hasil gambar yang diambil akan kelihatan menarik seperti melihat dunia dari mata ikan. Contoh gambar:
2. Wide Angle
Secara amnya, lensa ini berukuran 17mm - 40mm dan sudut pandangan 90 darjah.Lensa ini mempunyai sudut pandangan yang luas, cantik digunakan untuk mengambil gambar landskap dan mampu mengambil gambar pada ruang yang sempit. Gambar yang diambil menggunakan lensa ini akan menyebabkan sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas.
3. Normal Lens/ Standard Lens/Prime
(Sumber: foto.co.id)
Lensa ini berukuran 50mm dan mempunyai sudut pandangan yang paling hampir dengan mata. Lensa ini amat mudah digunakan kerana seseorang jurugambar boleh mengagak sudut pandangan merujuk kepada mata. Lensa ini adalah tetap dan tidak mempunyai unsur bergerak. Panjang fokus dan bukaan lensa ini adalah tetap. Salah satu kelebihan lensa tetap ini ialah gambar kelihatan tajam. Bentuk fizikalnya yang ringkas mudah digunakan dalam apa jua keadaan seperti potret, landskap, dan lain-lain.
4. Telephoto Lens
Lensa ini mempunyai ukuran seperti 70mm, 100mm, 135mm, 200mm, 300mm. Lensa ini mampu membesarkan imej yang berjarak jauh. Kadang kala lensa ini dikenali sebagai "Long Lens" kerana lensa ini selalunya memang panjang. Lensa ini senang menghasilkan subjek yang mudah untuk diasingkan dari latar belakangnya. Terdapat juga Super Telephoto lens :
Lensa ini sangat berguna ketika kita berada dalam situasi di mana kita tidak dapat mendekati subjek, seperti hidupan liar dan sukan. Walau bagaimanapun, salah satu kelemahan lensa ini ialah saiz besar dan agak berat.Lensa ini juga susah mengambil subjek yang dekat dengan tempat kita berdiri.
5. Mirror Lens
Lensa ini berukuran 600mm-1000mm. Lensa ini dapat melihat jauh, bersaiz kecil dan ringan. Lensa ini jarang digunakan pada masa ini.
6. Micro Lens
Lensa ini mampu mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat seperti 5 inci dan sebagainya. Lensa ini selalunya digunakan untuk mengambil gambar seperti spesis serangga yang kecil, bunga dan "still photo" yang lain.
7. Zoom Lens
Lensa ini mempunyai reka bentuk & susun atur gelas yang sangat kompleks. Lensa ini mempunyai kumpulan lensa untuk tujuan tertentu seperti pembesaran imej, memfokuskan dan membuat pembetulan. Lensa ini memudahkan jurugambar untuk membuat komposisi tanpa perlu bergerak belakang dan hadapan.
8. Lensa Kit
Lensa kit disertakan dengan kamera pada masa pembelian, berukuran 18 - 55mm. Lensa kit menawarkan kualiti gambar yang cukup baik terutamanya bagi orang yang mula belajar fotografi. Dengan adanya lensa ini, jurugambar tidak perlu menukar lensa setiap kali untuk mendapatkan jarak fokus lensa yang diinginkan, kita hanya perlu menyesuaikan fokus lebar dengan menggunakan skala yang ada.
Bentuk-bentuk Lensa (Jenama Nikon)
Penapis Lensa
(Sumber:i.go-travels.com)
Penapis lensa adalah muncung khas pada lensa kamera dan dirancang untuk dicapai kesan khas dalam proses penangkapan seperti menghapuskan pendedahan yang tidak perlu, melembutkan warna cerah yang terang, dan sebagainya. Penapis lensa mempunyai warna yang berbeza dan dipilih mengikut keperluan dan kreativiti jurugambar. Penapis ini dapat mencapai kesan yang dikehendaki tanpa banyak kesulitan, sedangkan kreativiti dan imaginasi tidak terhad oleh keupayaan jurugambar.
Teknik Fokus
Terdapat dua teknik fokus iaitu fokus auto dan fokus manual . Mod fokus boleh bertukar dari auto ke manual atau sebaliknya pada kamera seperti gambar di bawah:
Fokus Auto
(Sumber: Youtube)
Kita hanya perlu menekan butang rana pada kamera dengan menekannya pada separuh pertama. Kemudian lensa akan berputar sendiri untuk mencari objek, jika objek itu ditemui dan kamera berbunyi beep, bermaksud kamera telah mencari fokus yang betul dan kita boleh tekan terus butang rana kamera ke bawah untuk mengambil gambar.
Terdapat tiga jenis mod fokus auto:
1. Mod AF Auto (AF-A) : digunakan untuk memotret objek pegun atau tidak bergerak, misalnya pemandangan.
2. Mod Full-Time Servo (AF-F) : digunakan untuk memotret objek bergerak seperti orang berlari, burung, kenderaan dan sebagainya.
3. Mod Hybrid: merupakan mod gabungan antara AF Auto dan Full-Time Servo yang dapat digunakan untuk memotret objek pegun atau bergerak. Mod ini biasa digunakan untuk memotret objek dalam keadaan yang berbeza iaitu dari pegun hingga bergerak atau sebaliknya.
Fokus Manual
(Sumber: TableTop Studio)
Fokus manual adalah pengaturan fokus apabila jurugambar memutar gelang fokus pada lensa dengan tangan serta membuat pemerhatian mata sehingga objek itu dalam keadaan tajam dan fokus. Dalam fokus manual, kita boleh memanfaatkan pengesahan fokus, iaitu memutar gelang fokus sambil menekan butang fokus separuh. Titik fokus akan menyala merah atau hijau apabila fokus dicapai.
0 comments:
Post a Comment