Night Photography
Night photography merupakan teknik pengambilan foto di luar rumah pada waktu malam seperti pemandangan langit dan bandar. Berikut merupakan contoh-contoh foto night photography dan perbincangan tentang cara menghasilkan foto-foto tersebut.
Contoh foto 1:
Perbincangan:
Menurut jurugambar bagi laman web ini, gambar di atas dihasilkan pada pukul 7.54 malam. Elemen yang utama pada gambar ini adalah cahaya, jadi lokasi yang memiliki sumber cahaya yang baik, seperti lampu kota dan lampu bangunan perlu ditentukan. Nilai aperture yang tinggi iaitu f/22 digunakan untuk menghasilkan pemandangan yang jelas sepenuhnya. Shutter speed rendah iaitu 90s digunakan untuk menghasilkan kesan lembut dan kabur bagi cahaya lampu. ISO 200 digunakan kerana kecerahan pada masa itu masih cukup untuk menghasilkan gambar.
Contoh foto 2:
Perbincangan:
Menurut jurugambar bagi laman web ini, gambar di atas dihasilkan pada pukul 7.25 malam. Shutter speed yang rendah iaitu 30s digunakan untuk menghasilkan gambar yang mempunyai kesan dramatik. Apperture yang bernilai rendah iaitu f/9 digunakan untuk menghasilkan latar belakang yang kabur. ISO 200 digunakan kerana kecerahan pada masa itu masih cukup untuk menghasilkan gambar.
Contoh foto 3:
(Sumber:2.bp.blogspot.com)
Perbincangan:
Gambar ini dihasilkan dengan menggunakan nilai aperture tinggi yang sekitar f/16 untuk menghasilkan kedalaman medan dan menajamkan seluruh latar belakang. Hal ini untuk menjadikan lampu jalan sebagai subjek utama foto yang memancarkan
sinar cahaya sehingga menambah kesan 'Wow ' dan cantik.
0 comments:
Post a Comment