GOH BEE LENG

GOH BEE LENG
Unit: S3
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Fujifilm Camera
Powered by Blogger.

Tuesday, February 2, 2021

Teknik Panning


 3/2/2021 (Rabu)
    Pada hari ini, saya cuba menggunakan teknik panning bersama dengan shutter speed yang rendah untuk mendapatkan hasil gambar yang berikut:

Slow Speed 1/10



Slow Speed 1/50



Slow Speed 1/100

Oleh sebab saya menggunakan kamera telefon pintar, maka hasil panning adalah tidak ketara kecuali gambar pertama yang ditangkap dengan menggunakan slow speed 1/10. Dalam hal ini, saya memahami bahawa slow speed sesuai digunakan dalam teknik panning untuk menghasilkan gambar yang kelihatan bergerak dengan pantas dan samar.

Shutter Speed


 3/2/2021 (Rabu)

    Hari ini, saya juga belajar tentang shutter speed, iaitu mengambil gambar dengan penggunaan teknik high speed dan slow speed. Berikut adalah hasil gambar saya:


High Speed 1/500



High Speed 1/1000



High Speed 1/2000



Saya mendapati bahawa apabila menggunakan  shutter speed yang tinggi untuk mengambil objek yang bergerak seperti air sungai, air sungai kelihatan dalam keadaan beku.


Slow Speed 1/10



Slow Speed 1/50



Slow Speed 1/100


Saya mendapati bahawa apabila menggunakan  shutter speed yang rendah untuk mengambil objek yang bergerak seperti air paip, air paip kelihatan dalam keadaan samar.

ISO


 3/2/2021 (Rabu)

    Hari ini, saya belajar tentang ISO. Saya mengambil gambar di bilik yang kurang cahaya dan menjadikan tong biskut sebagai subjek gambar saya. Beberapa nilai ISO yang saya cuba pada hari ini, seperti yang berikut:

ISO 100


ISO 200

ISO 500


ISO 800


ISO 1600

ISO 2000


ISO 3200


    Berdasarkan gambar di atas, gambar kelihatan semakin jelas apabila saya menaikkan nilai ISO yang digunakan. Apabila saya menggunakan ISO 100, objek kelihatan warna putih kerana ISO tidak memberikan jumlah cahaya yang cukup. Bagi ISO 200 dan 500, gambar adalah jelas dan tiada bintik-bintik yang dihasilkan. Namun begitu, semakin tinggi ISO, semakin banyak noise atau bintik yang terdapat pada gambar. Hal ini boleh dilihat pada gambar seperti ISO 800, 1600, 2000 dan 3200. 

    Oleh itu, kesimpulan yang boleh saya buat adalah nilai ISO yang terlalu rendah tidak sesuai digunakan di dalam bilik yang agak gelap, tetapi nilai ISO yang sederhana digalakkan.




Monday, February 1, 2021

Aperture


2/2/2021 (Selasa)

    Pada hari ini, saya belajar teknik fotografi yang berkaitan dengan aperture. Semasa saya mengambil gambar, cuaca adalah cerah. Saya cuba menggunakan beberapa angka aperture untuk mendapatkan hasil gambar yang berbeza. Kamera yang saya gunakan adalah kamera telefon pintar. Berikutnya adalah hasil gambar saya:

1. Aperture f 0.95


2. Aperture f 1.2



3. Aperture f 1.4



4. Aperture f 2



5. Aperture f 2.8



6. Aperture f 4



7. Aperture f 5.6



8. Aperture f 8



9. Aperture f 11



10. Aperture f 16


Berdasarkan gambar di atas, saya mendapati semakin tinggi angka aperture, subjek yang boleh dilihat pada gambar semakin banyak. Semakin rendah angka aperture, hanya sebahagian subjek yang kelihatan tajam pada gambar namun background gambar adalah blur atau tidak jelas. 

Pada pendapat saya, hasil gambar yang menggunakan aperture f 1.2 adalah paling cantik. Hal ini kerana aperture ini telah membantu saya untuk memfokuskan pintu tersebut. Sesebuah gambar yang dihasilkan adalah bergantung kepada tujuan penggambaran tertentu dan fokus yang dikehendaki agar gambar tersebut adalah cantik dan membawa makna yang istimewa.