GOH BEE LENG

GOH BEE LENG
Unit: S3
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Fujifilm Camera
Powered by Blogger.

Unsur dan Prinsip Seni

Tekstur


(Sumber:99.com)

  • Memberikan realisme pada gambar, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi 
  • Tekstur dapat dijumpai apabila mendekatkan diri pada subjek untuk memperbesar apa yang lihat, atau ke belakang untuk mengambil pemandangan yang sangat luas. 
  • Tekstur juga muncul ketika cahaya memancarkan sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan 
  • Gambar tekstur dianggap berjaya apabila pemerhati gambar seolah-olahnya dapat merasakan permukaan tersebut.


Shape/Rupa


(Sumber: images.ctfassets.net)

  • Outline yang tercipta kerana sebuah rupa terbentuk pada gambar
  • Gambarmemiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak. 
  • Mampu memisahkan rupa tersebut dari latar belakangnya untuk menonjolkan rupa 
  • Contoh: kontras antara rupa dan persekitarannya (perbezaan gelap terang atau perbezaan warna). 
  • Terdiri daripada rupa geometri iaitu rupa yang bersudut seperti carta berikut: 

     

(Sumber: i.pinimg.com)

  • Rupa organik pula merupakan rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dan sebagainya.


(Sumber: lh6.googleusercontent.com)



Garisan

(Sumber:jurugambar.com)

  • Mampu menunjukkan keluasan, jarak dan perspektif pada satu-satu gambar. 
  • Mampu memandu pandangan audien.
  • Contoh: garisan melintang (horizontal), menegak (vertical), menyerong (diagonal), garisan bengkang-bengkok, serabut, bulat, berpintal,  bergerigi, zigzag dan sebagainya.

(Sumber:image.slidesharecdn.com)


Pattern


(Sumber: duz92c7qaoni3)

  • pengulangan shape, garisan dan warna menimbulkan kesan harmoni pada gambar.
  • gambar  akan menjadi membosankan apabila terlalu seragam
  • menemukan variasi pattern yang mampu menangkap perhatian pemerhati. 


Warna

(Sumber:weddingmarket.com)

  • Warna harmoni ialah warna bersebelahan dalam roda warna (selesa dan seimbang). Warna penggenap ialah warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan  kontra dan pergerakan)
  • Warna sewarna ialah hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap). 
  • 2 suhu: 
  • Warna sejuk ialah warna antara hijau hingga ungu yang menimbulkan kesan sejuk, damai, sedih dan tenang
  • Warna panas ialah warna antara merah hingga kuning pada roda warna yang menimbulkan kesan bertenaga, garang, meriah

                                        (Sumber:https://1.bp.blogspot.com/)


Prinsip Rekaan 

  • kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. 
Terbahagi kepada:

Harmoni merupakan hasil ulangan unsur seni yang sesuai dan seimbang.
(Sumber:lh6.googleusercontent.com)


Imbangan membawa maksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. 

                                               (Sumber:lh6.googleusercontent.com)


Irama dan pergerakan berfungsi untuk memberikan kesan yang lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan. 
                                             (Sumber:lh6.googleusercontent.com)



Kepelbagaian ialah hasil penggunaan pelbagai gaya dan idea yang berbeza dalam sesuatu gambar yang dapat memberi gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan. 

(Sumber:lh6.googleusercontent.com)


Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gambar yang dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.

                                                   (Sumber:lh6.googleusercontent.com)

0 comments:

Post a Comment