Filem dan Media Digital
(Sumber:biccamera.com)
Jenis-jenis Filem
1. Roll Film B/W (Hitam Putih)
2. Roll Film Negative
3. Roll Film Positive/Slide
4. Filem Polaroid
1. Ukuran Polaroid 1R (Mini)
Ukuran sekitar 4×6 cm.
2. Ukuran Polaroid 2R atau Dompet
Ukuran 6×9 cm.
3. Ukuran Polaroid 3R (PostCard)
Ukuran 6 x 12.7 cm.
4. Ukuran Polaroid 4R
Media Digital
ASA & ISO
Cara menggunakan ISO:
ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Jenis-jenis Kad Memori
1. SD (Secure Digital)
Kad ini jenis kad memori yang paling biasa, serasi dengan kebanyakan kamera digital, maksimum kapasiti kad ini adalah 2 GB.
2. SDHC (Secure Digital High Capacity)
Kapasiti kad ini lebih besar, maksimum hingga 32GB. Kad ini mempunyai bentuk dan ukuran yang sama dengan kad SD, tetapi jenis media yang digunakan adalah berbeza. Walaupun slot pada kamera sesuai untuk kad SDHC, tetapi jika model kamera dihasilkan sebelum SDHC dihasilkan, maka kamera tersebut mungkin tidak dapat mengesan kad SDHD.
3. SDXC (Secure Digital Xtra Capacity)
Kad ini mempunyai kapasiti lebih besar dan kelajuan tinggi dalam memproses data. Jenis kad ini mempunyai kapasiti maksimum 2TB (Terabyte) dan dapat dimasukkan ke dalam slot SD biasa. Fail yang dilihat dalam komputer mesti dalam format exFAT agar serasi dengan SDXC.
4. CF (Compact Flash)
Kad CF menawarkan kapasiti penyimpanan yang sangat besar dan masa pemprosesan yang tinggi. Pada masa dahulu, kad CF biasanya hanya digunakan pada kamera DSLR yang paling maju. Pada tahun 2010, Canon memilih kad ini untuk digunakan dalam kamera video profesional definisi tinggi (HD) mereka.
5. xD Picture
Nama penuh kad ini adalah eXtreme Digital yang menggunakan format Fujifilm dan digunakan pada kamera Fuji dan Olympus (model lama).
6. Memory Stick Duo
Kad ini digunakan oleh kamera digital Sony. Saiznya lebih besar daripada kad SD.
7. Multi Media Card (MMC)
Penampilan yang sama dengan kad SD dan biasa digunakan sebagai alternatif kepada SD yang akan sesuai dengan kebanyakan kamera yang serasi walaupun kelajuan pemindahannya lebih perlahan.
White balance
Keselarasan white balance pada kamera bertujuan untuk mengembalikan warna asli dengan mod gambar yang diinginkan. White balance akan mengukur suhu cahaya berdasarkan cahaya yang ada di persekitaran dan mengatur komposisi warna mengikut keaslian situasinya. Misalnya white balance Flourescent boleh menghasilkan warna biru manakala white balance Tungsten menghasilkan gambar lebih kepada warna kuning atau oren.
7 mode white balance pada kamera adalah seperti berikut:
1. Auto
Mod ini menyesuaikan kamera dengan suhu warna mengikut cuaca semasa. Mod ini boleh mendapatkan keseimbangan warna yang sesuai, mudah, ringkas dan menjimatkan masa. Tetapi, mod ini kadang-kala sukar memaparkan suasana kedinginan, kepanasan, ketenangan atau berbeza dengan suasana asli.
2. Tungsten/ Incandescent
Mod ini dipilih apabila ingin merakam gambar dalaman yang berhadapan dengan cahaya yang terhasil daripada lampu yang kekuningan, bukan dari cahaya matahari. Warna hasilnya ialah biru.
3. Fluorescent
Mod ini digunakan untuk menghadapi situasi pencahayaan yang terhasil daripada cahaya lampu yang berwarna putih, sesuai untuk waktu malam ketika berada di dalam bangunan atau rumah.
4. Daylight/Sunny/Direct Sunlight
Jika sumber cahaya matahari adalah berlebihan ketika membuat penggambaran, mod ini akan membantu kamera untuk menyelaraskan suhu warna yang terhasil daripada cahaya yang berlebihan.
5. Cloudy
Mod ini digunakan untuk menghadapi cahaya mendung dengan menggunakan sumber cahaya matahari yang ada bagi mendapatkan gambar yang lebih beremosi. Mod ini menambahkan warna kekuningan dan coklat.
6. Flash
Mod ini akan mengimbangi kekurangan cahaya semasa mengambil gambar, cahaya flash bersifat lembut.
7. Shade
Mod ini digunakan jika lokasi penggambaran terlindung dengan bangunan, pokok atau objek yang lebih besar dan menyebabkan suasana kelihatan agak gelap. Mod ini membantu jurugambar menggunakan cahaya matahari yang masih ada untuk merakam.
0 comments:
Post a Comment