White Balance
27/1/2021 (Rabu)
Hari ini saya belajar cara mengambil gambar dengan menggunakan white balance. Cuaca hari ini cerah dan saya mengambil gambar pada pukul 10.50 pagi. 4 mod white balance telah saya gunakan semasa mengambil gambar bunga.
1. Tungsten
2. Sunny
3. Cloudy
4. Shade
Berdasarkan 4 gambar di atas, didapati gambar yang menggunakan mod sunny mempunyai hasil yang paling cantik dan jelas. Warna gambar tersebut adalah seimbang dengan warna aslinya seperti apa yang saya lihat. Mod tungsten adalah tidak sesuai disebabkan warna gambar itu kelihatan biru, tidak selaras dengan warna asli. Mod cloudy dan shade juga tidak sesuai kerana warna gambar yang dihasilkan adalah kekuningan. Maka, jika kita mengambil gambar pada waktu siang, mod sunny digalakkan.
0 comments:
Post a Comment