Aperture
2/2/2021 (Selasa)
Pada hari ini, saya belajar teknik fotografi yang berkaitan dengan aperture. Semasa saya mengambil gambar, cuaca adalah cerah. Saya cuba menggunakan beberapa angka aperture untuk mendapatkan hasil gambar yang berbeza. Kamera yang saya gunakan adalah kamera telefon pintar. Berikutnya adalah hasil gambar saya:
1. Aperture f 0.95
2. Aperture f 1.2
3. Aperture f 1.4
4. Aperture f 2
5. Aperture f 2.8
6. Aperture f 4
7. Aperture f 5.6
8. Aperture f 8
9. Aperture f 11
10. Aperture f 16
Berdasarkan gambar di atas, saya mendapati semakin tinggi angka aperture, subjek yang boleh dilihat pada gambar semakin banyak. Semakin rendah angka aperture, hanya sebahagian subjek yang kelihatan tajam pada gambar namun background gambar adalah blur atau tidak jelas.
Pada pendapat saya, hasil gambar yang menggunakan aperture f 1.2 adalah paling cantik. Hal ini kerana aperture ini telah membantu saya untuk memfokuskan pintu tersebut. Sesebuah gambar yang dihasilkan adalah bergantung kepada tujuan penggambaran tertentu dan fokus yang dikehendaki agar gambar tersebut adalah cantik dan membawa makna yang istimewa.
0 comments:
Post a Comment