ISO
3/2/2021 (Rabu)
Hari ini, saya belajar tentang ISO. Saya mengambil gambar di bilik yang kurang cahaya dan menjadikan tong biskut sebagai subjek gambar saya. Beberapa nilai ISO yang saya cuba pada hari ini, seperti yang berikut:
ISO 100
ISO 200
ISO 500
ISO 2000
ISO 3200
Berdasarkan gambar di atas, gambar kelihatan semakin jelas apabila saya menaikkan nilai ISO yang digunakan. Apabila saya menggunakan ISO 100, objek kelihatan warna putih kerana ISO tidak memberikan jumlah cahaya yang cukup. Bagi ISO 200 dan 500, gambar adalah jelas dan tiada bintik-bintik yang dihasilkan. Namun begitu, semakin tinggi ISO, semakin banyak noise atau bintik yang terdapat pada gambar. Hal ini boleh dilihat pada gambar seperti ISO 800, 1600, 2000 dan 3200.
Oleh itu, kesimpulan yang boleh saya buat adalah nilai ISO yang terlalu rendah tidak sesuai digunakan di dalam bilik yang agak gelap, tetapi nilai ISO yang sederhana digalakkan.
0 comments:
Post a Comment