Teknik Panning
16/2/2021 (Selasa)
Pada hari ini, saya menjadikan bola sebagai subjek utama gambar dengan bantuan tripod dan kamera Vivo S1 Pro. Saya minta bantuan ahli keluarga untuk mengerakkan bola tersebut. Bola tersebut bergerak tetapi perlahan. Saya mengerakkan kamera saya apabila bola mula bergerak. Saya cuba menggunakan teknik panning bersama dengan aperture f/1.8, shutter speed rendah iaitu 1/20s dan ISO rendah iaitu ISO 50 untuk mendapatkan hasil gambar yang berikut:
Ini hasil gambar saya pada kali pertama, bola telah kelihatan kabur dan pengambilan gambar ini gagal.
Saya terus berusaha untuk mendapatkan hasil yang baik. Akhirnya, saya mendapatkan hasil gambar yang berikut:
Walaupun gambar yang saya hasilkan tidak sempurna, tetapi bola tersebut kelihatan lebih jelas berbanding dengan gambar pertama dan latar belakangnya juga kabur.
0 comments:
Post a Comment