GOH BEE LENG

GOH BEE LENG
Unit: S3
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Fujifilm Camera
Powered by Blogger.

Thursday, April 1, 2021

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto


 2/4/2021 (Jumaat)
    Pada hari ini, saya telah membuat satu mini studio bersama dengan rakan saya. Selepas itu, saya menjadikan bekas minion berwarna kuning sebagai subjek foto saya. Saya juga meletakkan lampu suluh di sisi kotak yang berbeza agar cahaya dapat dipancarkan terhadap subjek pada arah yang berbeza untuk membentuk keadaan 3D pada subjek.

Berikut merupakan contoh foto saya:
                            Gambar ini dihasilkan apabila cahaya 
dipancarkan dari arah atas.


  Gambar ini dihasilkan apabila cahaya dipancarkan dari arah kiri.



    Gambar ini dihasilkan apabila cahaya dipancarkan dari arah kanan.


    Gambar ini dihasilkan apabila dua lampu suluh digunakan dan cahaya dipancarkan dari arah kiri dan arah kanan pada masa yang sama.

Proses Membentuk Mini Studio Fotografi


 2/4/2021 (Jumaat)
    Pada hari ini, saya membuat satu mini studio dengan menggunakan bahan yang ada di rumah bersama dengan rakan saya. 

Mini Studio Buatan Saya dan Rakan




Process membuat mini studio:

1. Sediakan kotak terpakai, kertas mahjong berwarna putih, pita dua sisi, gunting, lampu suluh, objek kecil dan kamera Vivo S1 Pro
2. Buat lubang di kotak dengan segi empat sama lebar iaitu 3cm di 3 sisi: belakang, kiri, kanan. 
3. Potong penutup depan kotak.
4. Lekatkan lubang kotak dengan kertas mahjong putih yang nipis.
5. Lekatkan kertas mahjong untuk bahagian bawah  kotak dan latar belakang
6. Letakkan lampu suluh di atas atau di sisi kotak yang ditutup dengan kertas mahjong putih.
7. Letakkan objek kecil di dalam kotak dan gambar objek diambil.

Tuesday, March 30, 2021

Perancangan Studio Saya Di Rumah


31/3/2021 (Rabu
        Pada hari ini, saya mendirikan studio saya di rumah saya bersama dengan kawan iaitu Ong Wei San. Studio saya dirikan berdasarkan kemampuan saya dan peralatan yang ada di rumah. Berikut merupakan gambar pelan studio saya.

Pelan





Konsep Studio Saya (Potrait)

Mengambil gambar orang yang menampilkan pose yang berbeza


Peralatan 

1. Kertas Mahjong (2 )

2. Lampu Suluh (2)

3. Pemegang lampu suluh dan kamera (3)

4. Square shaped polistirena  bersaiz 4X2 inch (2)

5. Kamera Vivo S1Pro


Budjet 


        Selepas itu, saya meminta kawan saya untuk menjadikan model saya dan menunjukkan aksi yang seperti gambar di bawah.

(Sumber: Digital-Photographt.com)

    Pada awalnya, kawan saya menjadikan saya sebagai model, dan hasil gambar ini adalah gagal kerana mempunyai bayang-bayang. 

    Kemudian, kami mencari penyelesaian masalah dan menjauhkan jarak antara dua lampu suluh dengan subjek. Dengan itu, bayang-bayang dapat dihapuskan. Berikut merupakan hasil gambar yang  ditangkap oleh kawan saya Ong Wei San. 



Oleh sebab kekurangan peralatan, maka warna hasil gambar kelihatan kekuningan. Namun begitu, kami akan cuba lagi.

Berikut merupakan gambar yang saya ambil.





Thursday, March 4, 2021

Sesi Penggambaran Fotografi Bertemakan Alam Sekitar


Perancangan

Sebelum mengambil gambar, saya telah merancang satu sesi penggambaran fotografi bertemakan alam sekitar. Berikut merupakan perancangan saya:

1. Mencari dan membaca maklumat tentang kesedaran alam sekitar.

2. Mencari contoh gambar alam sekitar. 

3. Memilih masa dan lokasi untuk sesi penggambaran.

4. Mengambil gambar di lokasi yang ditetapkan.

5. Memilih dua keping gambar yang paling sesuai untuk Tugasan 2.

6. Melakukan post processing bagi gambar yang telah dipilih.

7. Mencetak dan membingkaikan gambar dalam saiz 5R dan 8R di kedai foto.

8. Menjalankan pameran.


Pelaksanaan

Setelah siap perancangan, saya pun mula melaksanakan rancangan saya. Pada mulanya, saya mencari dan membaca maklumat tentang kesedaran alam sekitar untuk  memahami dan menguasai topik ini agar gambar  yang saya hasilkan dapat memenuhi tema alam sekitar. Contoh maklumat yang saya layari adalah seperti di bawah:



Saya juga mencari beberapa contoh gambar dari laman web yang diambil oleh jurugambar lain sebagai ilham dan petunjuk saya semasa mengambil gambar. Contoh gambar adalah seperti berikut:


(Sumber:img.lovepik.com)

(Sumber:assets.hmetro.com.my)


(Sumber:img.ltn.com.)

(Sumber: imgproxy.natucate.com)

(Sumber: dynaimage.cdn.cnn.com)


Selepas itu, saya mula mencari masa dan lokasi  yang sesuai untuk pengambilan gambar. 
Tempat yang saya pilih untuk pengambilan gambar ialah Taman Tasik Taiping yang merupakan tempat terkemuka di Taiping. Saya pergi ke sana pada 2 Mac 2021 (Selasa)  waktu petang. 

Kemudian, saya memilih lokasi yang sesuai untuk pengambilan gambar. Berikut merupakan gambar semasa saya menangkap gambar.






Setelah siap mengambil gambar, saya memilih dua keping gambar yang paling sesuai untuk Tugasan 2, seperti berikut:




Namun begitu, dua gambar di atas perlu ditambahbaik dengan melakukan post processing agar kelihatan cantik dan menonjol.  Dalam hal ini, saya menggunakan Adobe Photoshop CS6 untuk mengedit gambar saya.

2 keping gambar yang  telah diedit seperti berikut:



Selepas itu, saya mencetak dan membingkaikan gambar dalam saiz 
5R dan 8R di kedai foto yang bernama Public Photo Studio Taiping


Selepas siap cetakan gambar yang dibingkaikan, pameran akan dijalankan pada 17 Mac 2021. Segala perancangan yang berkaitan dengan pameran telah saya bincangkan dalam Tugasan 2. 

Wednesday, February 17, 2021

Shape and Form


 18/2/21 (Khamis)

    Hari ini, saya belajar tentang shape and form. Berikut merupakan hasil gambar saya.

Shape

Gambar ini merupakan gabungan eleman kayu dan dinding, maka shape yang ada ialah segi empat tepat.




Gambar ini merupakan magnet yang diletakkan di atas meja, maka shape bagi magnet ialah bulat.


Form

Bongkah kayu disusun menghadapi cahaya matahari, maka bayang-bayang dihasilkan. Hal ini dapat menunjukkan bentuk 3D visual bagi bongkah kayu ini.



Batu disusun menghadapi cahaya matahari, maka bayang-bayang dihasilkan. Hal ini dapat menunjukkan bentuk 3D visual bagi batu ini.

Framing


18/2/21 (Khamis)

    Hari ini saya belajar komposisi framing. Framing merupakan cara menarik fokus subjek dalam gambar dengan mengambil bahagian lain untuk dijadikan bingkai di sesuatu tempat. Bingkai yang dihasilkan tidak tetap.

Berikut merupakan hasil gambar saya:

Gambar ini diambil dengan menggunakan lubang titi sebagai bingkai gambar.



              Gambar ini diambil dengan menggunakan rekahan titi sebagai bingkai gambar.

Pattern


 18/2/21 (Khamis

       Komposisi pattern merupakan ulangan objek disusun dengan dekat dan jelas untuk membentuk corak serta berlanjutan kepada pepenjuru bingkai.

Berikut gambar yang saya ambil yang mempunyai komposisi pattern.

Tangerin yang dibalut plastik:




Botol alkohol:



Tapak bakul:

Tuesday, February 16, 2021

Rule of Third


 17/2/2021 (Rabu)

        Pada hari ini, saya belajar tentang komposisi Rule of Third. Komposisi ini digunakan untuk mewujudkan ketidakseimbangan pada gambar. Berikut adalah gambar yang saya ambil di sekitar rumah. 


Pada gambar ini, saya menjadikan tin minuman sebagai subjek utama saya . Tin minuman ini diletakkan di sebelah kiri gambar.




Bagi gambar ini pula, saya menjadikan daun kering sebagai subjek utama saya dan diletakkan di sebelah kiri gambar.





Pada gambar ini, saya menjadikan tumbuhan kecil sebagai subjek utama saya . Tumbuhan ini diletakkan di sebelah kanan gambar.

Lines


 17/2/21 (Rabu)

    Pada hari ini, saya belajar tentang komposisi Lines. Berikut adalah gambar yang saya ambil di sekitar rumah. 


Gambar ini menunjukkan bumbung rumah lama yang telah dibiarkan di tepi rumah saya. Bumbung ini mempunyai komposisi garisan menegak.





Gambar ini menunjukkan dinding buatan papan rumah. Dinding ini mempunyai komposisi garisan melintang.




Gambar ini menunjukkan jalan batu di tepi rumah saya. Dari segi penglihatan, garisan lurus dapat diperhatikan dan memberikan perspektif yang semakin jauh.

Monday, February 15, 2021

Teknik Panning


 16/2/2021 (Selasa)

    Pada hari ini, saya menjadikan bola sebagai subjek utama gambar dengan bantuan tripod dan kamera Vivo S1 Pro. Saya minta bantuan ahli keluarga untuk mengerakkan bola tersebut. Bola tersebut bergerak tetapi perlahan. Saya mengerakkan kamera saya apabila bola mula bergerak. Saya cuba menggunakan teknik panning bersama dengan aperture f/1.8, shutter speed rendah iaitu 1/20s dan ISO rendah iaitu ISO 50 untuk mendapatkan hasil gambar yang berikut:


Ini hasil gambar saya pada kali pertama, bola telah kelihatan kabur dan pengambilan gambar ini gagal. 

Saya terus berusaha untuk mendapatkan hasil yang baik. Akhirnya, saya mendapatkan hasil gambar yang berikut:





Walaupun gambar yang saya hasilkan tidak sempurna, tetapi  bola tersebut kelihatan lebih jelas berbanding dengan gambar pertama dan latar belakangnya juga kabur.

Wednesday, February 10, 2021

Proses Pembelajaran Teknik Fotografi


Perancangan 


Sebelum mengambil gambar, saya mencari dan membaca maklumat tentang teknik dan komposisi fotografi, seperti maklumat di bawah:









Kemudian, saya mencatat nota yang berkaitan dengan teknik dan komposisi fotografi dalam page portfolio. Seterusnya, saya mula mencari masa dan lokasi di sekitar rumah yang sesuai untuk pengambilan gambar. 



Pelaksanaan 

Berikut merupakan beberapa lokasi di sekitar rumah yang saya pilih untuk pengambilan gambar.

Di tepi rumah No 19 Telok Kertang Matang



Di depan rumah No 19 Telok Kertang Matang


Di depan rumah No 19 Telok Kertang Matang


                                       Di belakang rumah No 19 Telok Kertang Matang


Penghasilan 

Apabila saya siap mengambil gambar, saya memilih 10 set gambar yang sesuai dengan 10 teknik tertentu lalu menyiapkan tugasan 1 kerja kursus.